Saturday, December 31, 2011

Goodbye 2011


Just few hours left for us to leave 2011.What have we achieved through out this year?Well,many things happened in this year.Happy,sad..you may describe what kinds of feelings you had in life.As for me,things happened for a reason.You may think something is good for you but it is actually bad for you,Allah s.w.t knows what's best for you!

I vow to be a better muslim,read Quran more,peform prayers more "khusyuk" and as for career to commit more in my exciting job.I am also looking for "usrah"(kelas agama).Still looking for a weekend "usrah",if anyone knows please let me know,aite?Watching, reading and listening about Islam inspires me to a better person and to strength my belief.

Before we end up year 2011,"alhamdulillah" towards what Allah has given us whether it's bad or good,always be grateful and last but not least..always "redha" and "muhasabah" ourselves.Just bare in mind,"If we want Allah to take care our relationship with other people,we ourselves need to care and close to Allah first".


Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Smile always and you may break the glass!;D

Monday, January 3, 2011

Cinderella-Never Ending Story



Hola!I'm back!Hmm..dah lama sangat tak update blog yg bosan ni dan penyebab utamanyer adalah takde mood nak menulis dan rasa bosan yang tahap gaban punya!Out of nowhere tetiba hari ni ada satu panggilan yang menyuruh-nyuruh suruh update..update jer la.Ada org kisah?takde pun..

Wokeh.Let's talk about keje rumah.Bukan keje rumah "homework" time sekolah dulu.This is keje rumah ala-ala "housewife"..ala..macam sapu rumah,mop lantai,cuci dapur,gardening,laundry..faham?Agak-agaknyer brape kali dalam seminggu korang mop rumah?Brape kali dalam seminggu korang sapu sampah the whole house?Everyday?Mau patah pinggak mak dik non!Adakah mood nak mengemas rumah tu ada dalam diri korang setiap masa atau it depends ngan mood korang?Rasa macam nak buat..buat.Kalo rasa cam tak nak..jadi la macam kakak tiri Cinderella yang pandai suruh je.Pemalas btul!

Apa pulak perasaan korang kalo dah satu hari tu mengemas rumah dengan perasaan bahagia dan gumbira tetiba ada plak makhluk dari planet mane ntah datang memporak-perandakan istana kebahagian korang?Wokeh..contohnya,kita dah lipat dan susun baju dengan cantik dan kemasnyer tapi tetiba ade makhluk yang kurang sifat sabar main tarik je baju yang dipakai.Runtuh la susunan baju yang dah dilipat tu pastu buat muka tak bersalah macam like i care?dussshh!..sama jugak kesnya bila dah cuci dapur sampai berkilat tetiba ada makhluk ni(makhluk yg sama macam kat atas)pakai letak je pinggan-pinggan kotor dalam sink.Kalo setakat dua tiga tu bole dimaafkan lagi la tapi kalo dah tinggi macam KLCC..ape kes?Cinderella pun naik bosan camtu..btul tak?Kalo berpenat lelah sebab nak jumpa prince charming..berbaloi-baloi kot!



Kalo kes ada tetamu yang datang ke rumah mengejut,adakah rumah anda sudah tersedia kemas atau anda perlu kelam kelibut mengemas rumah supaya nampak tip top dan bakal mendapat pujian?Bagi yang memang ada maid kat umah,tak payah la susah payah nak menjawab sebab dah sah-sah bukan korang yang penat lelah mengemas.Kepada makhluk yang kurang sabar pastu asyik nak goyang kaki je,cubalah bawak bersabar skit.Cuba bayangkan korang yang terpaksa buat semua keje umah(dari A to Z)..mau nangis satu hari.Apa yang penting?Kerjasama!So,apa kata mulai hari ni kita pastikan rumah sedia kemas eventho takde tetamu pun.Cepat-cepat kemaskan barang yang bersepah eventho hanya kecik-kecik je.Jangan tunggu sampai bertimbun keje rumah baru nak buat..alamatnyer memang jadi Cinderella la!

WW:tadi baru call my niece..nak ckp ngan dia tapi macam biasa la..dia tak nak cakap punya.Then my sis cakap kat dia,"Cinta,Rapunzel nak cakap."Dia pun kata "tak nak..tak nak!".My sis pun kata lagi,"Cinta,ni Cinderella nak cakap".Dia balas "tak nak cakap la!"..dalam hati..pandai plak budak kecik ni tau orang tipu dia..agaknyer dia nak cakap ngan prince charming yg berdiri betul-betul depan dia kot but hey wait!me Cinderella?!..waa..tak nak!..:(




Wednesday, September 15, 2010

Resepi Kek Perkahwinan




Jom buat kek?Ni bukan kek biasa tapi kek perkahwinan yang SPECIAL punya!Tak cuba maka tak cinta..;)

Bahan:

1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Perisa:

1 sebuku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 kali ibadah/hari.

Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.

Tip:

- Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
-Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan(sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH,walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)
-Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.
-Gunakan kasih sayang cap 'DAKWAH' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.


Cara memasak:


-Lelaki dan Wanita dicuci bersih,buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
-Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
-Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.
-Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya.
-Kek Perkahwinan sedia dinikmati.

Catatan:

Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat.Tapi kalau sudah agak dingin,tambahkan lagi humor segar secukupnya,rekreasi sesuai dengan selera,serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama 'Tempat Ibadah'.Setelah mulai hangat,jangan lupa bertelefon bila berjauhan.

Selamat mencuba,dijamin semuanya halal.

P/s:i'm lovin' it....

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir & Batin!



Tinggal beberapa hari je lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan dan of course bulan Syawal bakal menjelma.Sedih plak rasanya..tapi masih lagi sempat untuk kita mengejar malam lailatur qadar menjelang malam-malam terakhir Ramadan ni.Persiapan raya pun dah dibuat ala kadar.Tapi tahun ni tak ada major changes untuk persiapan raya contohnya tukar langsir dan sebagainya.Baru je few months lepas beli couch baru so,cukuplah la dengan apa yang ada!Persiapan raya tahun ni sederhana je..tidak perlu membazir kalau semuanya masih dalam keadaan yang baik.

Apa yang menarik tahun ni,raya di sambut agak berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.Kehadiran ahli keluarga baru memberi kelainan dalam sambutan raya kali ni.Aku dah pun mempunyai dua orang abang!Alhamdulillah!Allah telah menunaikan doa aku semasa zaman kanak- kanak dulu iaitu untuk mempunyai abang!Seperti biasa,setiap tahun raya,biskut raya wajib dibuat walaupun banyak jugak biskut raya yang bakal dibeli.Tart nanas,samperit,almond london dan cornflakes adalah jenis-jenis biskut yang wajib dibuat..tak sah kalau tak makan kuih buatan sendiri!

Persiapan baju raya sudah aku sediakan daripada awal lagi.Ada tiga pasang tahun ni dan tu semua termasuk baju yang telah dipakai untuk kenduri-kenduri yang lepas,hanya dipakai sekali je,jadi daripada membazir baik kitar semula!Semudah itu kan!Sambutan raya tahun ni juga bakal meriah dengan kepulangan kakak dan abang ipar tercinta bersama my "Cinta" yang bakal pulang pada malam raya.Biasanya mereka hanya akan pulang beraya pada raya kedua tapi disebabkan kakak aku tidak bekerja pada hari raya,tahun ni turn beraya di Penang plak!yeaaayy..!



Walaupun rumah aku di Penang,tapi setiap kali raya kami sekeluarga akan pulang ke kampung sebelah my baba di Kedah untuk beraya.Sambutan di bandar dan kampung,memang sangat berbeza!Kalau di bandar,mercun tidak dibenarkan tapi kalau di kampung suka ulu hati pankreas ler kalau nak main.Takde siapa kesah(kecuali sesape yang ada baby jer)!Obviously,beraya di kampung lebih terasa kemeriahannya.Kemeriahan di kampung juga terasa apabila melihat setiap rumah memasang pelita yang banyak dan disusun mengikut kreativiti masing-masing.Sungguh teruja nak pasang pelita!Can't wait nak pasang hmm..tapi itu kan kerja orang lelaki!Tentunya banyak kerja yang menanti aku di dapur..haiyak!



Sesudah sembahyang raya(itu wajib setiap pagi raya) dan tradisi maaf bermaafan sesama ahli keluarga(yeah..this is the right tme for you to see drama queen and king with their fabulous dialogues),jiran-jiran di kampung akan beraya dari rumah ke rumah.Time ni la busy tak hengat.Berkunjung ke kubur melawat kubur arwah sidi dan siti(itu panggilan untuk arwah nenek dan datuk aku) adalah satu kemestian pada hari raya pertama.Pasti arwah rindukan cucu-cucunya:(..Kami sekeluarga akan beraya di Kedah pada hari raya pertama sahaja dan raya kedua seperti biasa akan beraya di sebelah Penang pulak(sedara sebelah mama)..it's a ritual in the family by the way.Raya ketiga barulah aku akan mempunyai sedikit kelapangan,itupun kalau tak keluar beraya ke mana-mana dan tiada sesiapa datang beraya ke rumah selain daripada panggilan daripada tv yang menanti dengan rancangan-rancangan yang menarik untuk ditonton!



Juadah raya yang wajib ada di pagi raya semestinya ketupat nasi dan gulai daging(ni memang dapat hanya di Kedah je).Selain itu,mengikut hidangan orang Jawa,sambal tahoon adalah hidangan yang pasti dan mesti ada di pagi raya.Bagi masyarakat Utara,ketupat palas adalah ketupat yang famous dan wajib dihidangkan di pagi raya tapi bagi aku yang tak berapa suka makan pulut ni,harap maaf la yer.

Di kesempatan ni juga,aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin kepada sesiapa saja yang mengenali diri ini..kalau ada tersalah kata atau kelakuan yang tidak sengaja mengguris hati anda,mintak maaf banyak-banyak.Sebagai manusia biasa,kita selalu dan akan terus melakukan kesilapan selagi kita hidup,no one is perfect dan itulah namanya manusia.Dan setiap kali kita sedar yang kita melakukan kesilapan,segeralah memohon kemaafan daripada Allah s.w.t dan juga penting untuk sesiapa saja yang pernah kita lukakan hatinya tapi opsss..janganlah hari raya saje yer malah setiap malam sebelum tidur haruslah kita memaafkan orang supaya hati akan sentiasa tenang..:)..Have a blast raya everyone,jangan membazir dan ingatlah mereka yang lebih memerlukan..peace.:)

P/s:Salam dunia,salam semua,salam Hari Raya..

Tuesday, August 31, 2010

Thank You Allah!

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

By:Maher Zain



P/s:We made mistake..learn from it and move on.Sometimes we are too far away from Allah.Always be grateful for whatever we have in life now!Thank you Allah for what you've done and given to us-bad,good,sad or happy..Alhamdulillah!Merdeka! :)

Thursday, August 26, 2010

Sawadikkap,Dannok!

Bila berpuasa of course kita akan rasa lapar dan nafsu makan biasalah kena control sampailah waktu berbuka.Bila tiba waktu berbuka puasa pulak,semua makanan kita rasa nak makan especially kalau pegi bazar Ramadan ataupun berbuka di hotel,banyak options dan mata pun jadi rambang.Time itulah kita akan membeli makanan dengan banyaknya dan beranggapan itu adalah reward setelah seharian penat berpuasa.No..no..no..not good.Belilah apa jua makanan yang tekak rasa nak makan tapi jangan membazir!

Hmmm..hari ni tekak aku terasa macam nak makan tom yam.Bukan tom yam Malaysia tapi tom yam pure from Siam.Memang lain sangat rasanya!Dalam bahasa Thailand,tom adalah sup dan yam ialah pedas.Tom yam Siam adalah sedikit masam dan manis berbanding tom yam buatan Malaysia dan rasa pedasnya kaw kaw terangkat wa cakap lu!Aku memang seorang penggemar masakan Siam..yummy!I would never say no to Siam/Thai food wokeh!Dan sekarang kalau nak menikmati masakan Siam yang pure dengan environment berada di Thailand serta bahasa Thai kedengaran di telinga,aku suka ke Dannok!

Yaa..si tecit nih is mama's handbag..always hook on mama all the time!


Haaa..bagi yang tak pernah dengar apa itu Dannok..Dannok ialah nama sebuah tempat yang terletak di sempadan Thailand-Malaysia di sebelah Utara Malaysia,just like JB-Singapore tapi tak la seglamor Bangkok.So,kalau nak masuk ke sempadan Thailand,dikehendaki ada passport atau visitor pass sahaja.Kali terakhir aku ke Danok adalah tiga minggu lepas iaitu sebelum bulan Ramadan dan itu adalah kali kedua aku ke sana.Dannok adalah sebuah pekan kecil dan terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barangan,sebut je pasti ada dan murah!Kalau nak ke Hadyai,hanyalah 45 minit dan Bangkok pula 2 jam dari Dannok,so kalau nak berjalan jauh skit..teruslah ke Bangkok!Sawadikkap!

Our meals for lunch..oh ya..Kengsom takde dalam pic ni sebab belum sampai dan bila sampai pun dah half way of eating..haiyak!


Kebanyakkan peniaga yang berniaga di Dannok boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mereka juga menerima Ringgit Malaysia dalam urusniaga!So,jangan risau untuk tukar wang yer!Satu lagi masakan Siam yang menjadi favourite aku ialah Kengsom.Kengsom adalah makanan yang seakan akan seperti tom yam tapi rasanyer berbeza skit.Kengsom adalah asam pedas Siam dan warna kuahnya berlainan mengikut tukang masak dan restaurant!Jadi,jangan heran kalau anda makan Kengsom di satu kedai dan kuahnya berwarna kuning dan di kedai yang lain pulak kuahnya berwarna merah.Kita boleh pilih ikan apa yang hendak dimasak Kengsom tapi yang pasti Kengsom ikan Puyu pasti terangkat beb!

If I could touch this elephant..but I'm not that strong!hikhik..


My baba sangat suka ke Dannok dan sangat suka memborong beras Siam!Itulah tujuan utamanya kalau ke Dannok dan kalau nak dekat raya,selain beras tentulah bunga api dan mercun yang diborongnya!Memang rambang mata kalau tengok mercun di Dannok.Banyak sangat jenis mercun yang tak pernah dilihat dan mercun boleh dijual secara terbuka tanpa sekatan!Undang-undang di Thailand memang tak strict langsung!Cuba bayangkan ketika makan di restoran di Dannok,kita dihiburkan oleh kehadiran gajah-gajah yang datang melawat kita yang sedang makan!Best bangat!Kepada yang berminat untuk berjinak jinak dengan gajah ini,bolelah membeli tebu yang dijual RM2 se plastik untuk diberi makan kepada si gajah.Teruja kan!Kalaulah ada entertainment sebegitu di Malaysia ketika kita sedang makan,kan syok!Jangan terkejut andai terlihat gajah-gajah bersiar-siar di jalan raya.Itu sudah menjadi kebiasaan di sana.Pelik tapi cool!Kalau dah memborong mercun dan bunga api for raya,kenalah pandai-pandai sorok dan maintain muka anda yang cuak dan bersalah tu supaya tak dapat dicam oleh pegawai kastam yer!Silap haribulan,habuk je yang dapat di bawa pulang.:D

Si tecit ni sangat happy bila dapat mercun pop pop dia.Kegembiraan dan keberanian dia hanya di sini je sebab bila nak main..takutttt walaupun untuk membaling pop pop itu!


P/s:Makanan fav yang pasti akan di cari "juga" di bulan puasa nih adalah siput sedut masak lemak!..alahai..

Saturday, August 21, 2010

Diari sehari di bulan Ramadhan

Alhamdulillah..dah almost 2 weeks kita berpuasa di bulan Ramadhan.Bila berpuasa ni biasalah,banyak dugaan yang datang menguji iman kita.Tapi disebabkan puasa,kenalah kawal diri supaya tak marah dan bersabar,mulut tak sesuka hati bercakap benda-benda yang tak elok.Dengan cuaca yang panas,tak boleh minum plak tu..mesti darah naik tinggi punya!Kalau ada orang atau keaddan yang membuatkan kita marah,istigfar dan selawat je la.Kepada yang tak nak marah-marah tu dinasihatkan jangan bercakap banyak sangat sebab kalau kita terlampau banyak bercakap,kita berkemungkinan akan melukakan hati dan perasaan orang atau pun kita bakal membuatkan hati sendiri terbakar..haa..tak percaya try lah!Biarlah orang nak bercakap kita seorang yang sombong tetapi kalau bercakap benda yang tak berfaedah lebih baik diam saje.Betul tak?Lebihkan senyum dan mendengar tentu hati akan lebih tenang..:)


Salju KasihNya


Dingin dalam jiwa MU
Disirami salju kasih MU
Ku susuri jalan MU
Walau ranjau berliku

Tenang saat merindu
Takafur ku dihadapan MU
Deraian airmata gugur dalam sujud ku
Betapa agungnya cinta MU

Gelora silam tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerana hati ku merantau jauh
Ingin bertemu
Dengan MU oh kasih

Rindu mencengkam jiwa
Sebak dada tiada tertahan
Hanya pada MU Tuhan ku serah diri ini
Pohon cinta Mu nan suci hakiki...

P/s:Jadilah seorang insan yang kurang bercakap,lebih mendengar dan observance!Bukannya tak boleh bercakap tapi bercakaplah tentang hal-hal yang penting dan baik serta bila perlu sahaja.